Ini berita baik buat anda yang meminati kartun Mickey Mouse, kini Spectrum berkolaborasi dengan Mickey Mouse tampil dengan koleksi edisi khas set berus makeup.

Menariknya koleksi set berus makeup ini hadir dengan 10 berus yang sangat sesuai untuk dibawa travel dan dihiasi dengan corak icon Mickey Mouse berwana emas serta warna emas meliputi keseluruhan pemegang berus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak lengkap jika hanya membeli berus makeup sahaja, koleksi ini juga tampil dengan beg alat solek dan belt bag. Bagi beg alat solek dan belt bag dapat dilihat rekaan tersebut tampil dengan tangan Mickey Mouse.

Koleksi ini akan tersedia secara atas talian pada 28 Februari ini. Harga bagi set berus makeup adalah $64 (~RM261), beg alat solek pula berharga $77 (~RM314) dan belt bag berharga $51 (~RM208).

photo_2019-02-15_12-38-07

photo_2019-02-15_12-37-56

photo_2019-02-15_12-38-19

photo_2019-02-15_12-38-13

photo_2019-02-15_12-38-02