Sebut sahaja jenama legend ini pasti ramai yang tahu. Mula mendominasi pasaran sekitar akhir 90-an sehingga sedekad yang lalu, jenama ini berjaya menawarkan pelbagai rekabentuk dan spesifikasi sesuai buat keperluan semua pengguna.

Jika sebelum ini Nokia telah memperlihatkan model mid-range mereka iaitu Nokia 6, kini jenama ini nampaknya telah bersedia untuk mengeluarkan smartphone flagship mereka iaitu Nokia 9 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nokia-9-Arte-Black

Apa yang membuatkan Nokia 9 ini tampil berbeza ini adalah penggunaan lensa ‘ZEISS’ pada dwi-kamera model ini. Untuk pengetahuan anda, lensa ZEISS dahulunya dikenali sebagai ‘Carl-Zeiss’. Pengguna Nokia yang menggunakan sistem operasi Symbian suatu ketika dahulu pasti cukup kenal mengenai lensa ini.

Berdasarkan spesifikasi, boleh dikatakan Nokia bakal menyertakan spesifikasi yang hampir sama seperti Samsung Galaxy S8. Penyertaan Snapdragon 835, RAM 4 GB dan ruang storan sehingga 128 GB antara yang tersedia.

Nokia 9 bakal dikeluarkan sekitar September ini sekaligus bakal memberi saingan kepada Samsung Galaxy Note 8 dan Apple iPhone model terbaru yang bakal turut dikeluarkan pada waktu yang sama. Memandangkan ianya merupakan model flagship, harga sekitarĀ $699 (~RM3003) antara yang anda boleh jangkakan melalui model ini. Ada yang berminat?