Memang pandai Marvel buat marketing untuk filem terbaru Spider-Man ini. Marvel keluarkan 4 minit pertama filem Spider-Man: Homecoming untuk anda tonton secara percuma. Ianya vlog Peter Parker (Tom Holland) yang dirakam dengan telefon pintar berkenaan ‘internshipnya’ bersama Tony Stark. Tetapi benarkah ini 4 minit pertama filem Spider-Man: Homecoming? Nak kepastian kena tonton di pawagam bermula Khamis ini. Tom Holland memang ditakdirkan untuk jadi Perter Parker. Tak sabar untuk tonton filem ini!