Nampaknya ‘Spider-Man Far From Home’ juga akan menggunakan taktik Avengers: Endgame sebelum ini. Namun, berbeza untuk Far From Home adalah Marvel Studios mengesahkan terdapat tambahan 4 minit babak yang dipotong untuk versi extended cut ini.

Ianya masih belum diketahui adegan mana yang akan ditambah untuk Far From Home tetapi kemungkinan besar, ianya adegan di bandar New York sebelum Peter Parker terbang ke Eropah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Far From Home merupakan filem kedua Marvel Studios yang mendapat tayangan kedua selepas Avengers: Endgame. Ini merupakan salah satu cara Sony Pictures untuk meningkatkan kutipan Far From Home di Amerika Syarikat supaya melepasi USD400 juta.

Adakah trend tayangan kali kedua ini akan diteruskan Marvel Studios selepas ini? Tidak pasti sama ada pawagam di Malaysia akan menayangkan versi extended cut ini atau pun tidak tetapi ianya akan mula dilancarkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada 29 Ogos ini.