Tahukah anda salah satu klausa untuk watak Spider-Man terus berada dalam MCU adalah dengan membuat kutipan USD1 bilion (~RM4.12 bilion) untuk filem Far From Home? Itulah syarat yang ditetapkan oleh Sony Pictures kepada Marvel Studios.

Namun, Marvel Studios layankan sahaja klausa berkenaan kerana mereka tahu, Far From Home mampu untuk mencatat kutipan tersebut. Lebih menakjubkan, Far From Home merupakan filem Spider-Man pertama yang berjaya mengutip kutipan USD 1 bilion di seluruh dunia (tidak diubah dengan kadar inflasi filem Spider-Man sebelum ini).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejayaan ini menjadikan Far From Home filem ke-9 Marvel yang menyertai ‘1 Billion Dollar Club’ Marvel Studios. Kejayaan ini pastinya buat pihak pengurusan Sony Pictures tersenyum dan meneruskan perjanjian mereka dengan Marvel Studios.

Dikhabarkan Tom Holland bakal mempunyai beberapa filem lagi dengan Marvel Studios dan ianya satu perkembangan yang baik untuk masa depan Spider-Man dalam MCU. Mungkin Deadpool x Spider-Man dalam perancangan Marvel Studios nanti?

Sumber