Pawagam di seluruh Malaysia akan menayangkan filem ‘Spider-Man: Far From Home’ secara rasmi hari ini. Far From (FFM) Home merupakan karya penutup untuk Phase 3 Marvel Cinematic Universe (MCU) dan tiada sudah filem Marvel Studios akan muncul untuk tahun ini.

Secara ringkasnya, FFM mengambil masa selepas pertempuran epik dalam ‘Avengers: Endgame’. Dapat dilihat, ramai yang masih bingung kerana ‘hilang’ selama 5 tahun dan meratapi kematian Tony Stark.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Adakah FFM sehebat Avengers: Endgame? FFM sebenarnya menggalas beban yang berat kerana ramai yang mempunyai harapan tinggi untuk untuk filem ini. Jika tidak lebih hebat daripada Endgame, perlulah lebih hebat daripada filem yang pertama. Kami pecahkan review ini kepada beberapa pointer.

1. Jalan cerita

Boleh dikatakan perjalanan filem ini agak ‘slow’. Sejam pertama filem ini bagi kami tiada apa yang menarik perhatian sehinggalah Mysterio (Jake Gyllenhaal) muncul dengan kuasa ‘sebenar’ beliau.

Selepas itu, barulah aksi-aksi penuh debaran bermula. Adakah ada ahli Avengers lain yang akan muncul dalam filem ini? Itu anda kena tonton sendiri.

2. Mysterio

Spidey 1

Seperti dalam komik, Mysterio adalah penjahat yang menggunakan illusion untuk mengelirukan Spider-Man. Wolverine juga pernah terperangkap dengan ilusi Mysterio ini sehinggakan beliau membunuh semua ahli X-Men (untuk siri Old Man Logan).

Tetapi dalam FFM, beliau adalah ‘The Good Guy’ yang mendapat kepercayaan Nick Fury. Bagi kami, Jake melakonkan watak Mysterio dengan hebat sehinggakan beliau dilihat lebih ‘hero’ berbanding Spider-Man dalam FFM.

3. Pemilihan lagu

Song selection untuk semua filem Marvel semuanya hebat belaka. FFM tidak terkecuali. Saya dapat lihat produksi Marvel sangat sukakan lagu daripada kumpulan Ramones dan AC/DC. Sebagai peminat muzik genre rock, saya teruja apabila mendengar lagu Ramones berkumandang dalam salah satu adegan filem ini. Kena dengan jiwa ‘remaja rebel’ Spider-Man.

4. Dua ‘End Credit’

nick furyyyy

End credit dalam FFM memberi gambaran SHIELD tidak lagi hanya mengawal bumi tetapi lebih daripada itu dan ehem, akan ada kaitan dengan filem Captain Marvel. Kalau anda tidak tonton filem Captain Marvel, anda tidak akan faham reference ini.

5. Tonton Di Pawagam Samsung ONYX

Selain pawagam 4DX yang kami sangat recommended, anda boleh jadikan pawagam Samsung ONYX Cinema LED sebagai satu lagi alternatif. Berkesempatan menonton filem ini di pawagam Samsung ONYX di MBO Cinemas Atria semalam, kami perasan yang paparan gambaran adalah jauh lebih sharp dan terang berbanding pawagam biasa.

Lebih menarik apabila pawagam ONYX di MBO Cinemas Atria ini dikuasakan pula oleh teknologi pembesar suara JBL Surround System oleh Harman yang membolehkan penonton mendengar bunyi dengan lebih jelas dan padu.

Kami beri rating 8/10 untuk filem Spider-Man: Far From Home. Ada sebab mengapa filem ini tidak mendapat markah tinggi terutamanya kerana jalan ceritanya yang agak bosan pada awalnya. Begitu juga kami agak kecewa dengan watak Mysterio yang sepatutnya lebih badass.

Tetapi FFM memberi gambaran Peter Parker bakal menjadi watak penting MCU untuk fasa seterusnya. Jika Tony Stark percayakan Peter untuk mengemudi teknologi Stark Industries, maka beliau pasti akan hadir dengan suit Spidey yang lebih epik di masa akan datang. Kami tidak sabar untuk melihat rancangan Marvel Studios untuk Spider-Man nanti.