Mula ditayangkan di wayang pada penghujung Disember lalu, filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse pada minggu ini sudah mula disiarkan pada platform penstriman Netflix.

Filem animasi ini mengisahkan watak Miles Morales iaitu seorang kanak dengan darah Africa dan Amerika Syarikat. Uniknya mengenai filem ini adalah para penonton bakal melihat beberapa Spider-Man daripada universe yang berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem ini turut menerima sejumlah besar review positif daripada penonton manakala laman review filem Rotten Tomato turut memberikan markah 97% bagi filem ini. Buat anda yang tidak sempat menonton di wayang pada tahun lalu, mungkin ini masanya untuk anda tonton terus melalui platform Netflix.