Kejayaan filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse membuatkan pihak Sony Pictures merangka karya sekuel yang dijangka akan keluar pada 2022. Namun, perkara yang mengujakan untuk karya sekuel ini nanti adalah kemungkinan Spider-Man Jepun yang turut hadir dalam sekuel berkenaan.

Producer filem berkenaan, Phil Lord menjawab secara santai soalan seorang peminat di Twitter berkenaan kemungkinan Spider-Man Jepun akan muncul dalam karya sekuel Into The Spider-Verse.

Bagaimana Spider-Man boleh muncul untuk siri TV Toei Company? Kisahnya begini. Sekitar tahun 1970an, satu perjanjian 3 tahun dibuat oleh Marvel dan Toei Company di mana kedua-dua syarikat bebas untuk menggunakan mana-mana watak yang mereka mahukan. Toei Company memilih watak Spider-Man dan versi Spider-Man Jepun ini memang langsung berbeza dengan asal usulnya dalam komik.

Untuk versi Spider-Man Jepun, beliau mendapat kuasanya bukan daripada gigitan labah-labah tetapi daripada makhluk asing. Lebih menarik, Spider-Man Jepun tidak banyak berbeza dengan watak Super Sentai (Power Rangers); beliau mempunyai motosikal khas, jet pejuang dan robot besar Leopardon!

https://www.youtube.com/watch?v=mXd1zN2H7U0

Jika benar Spider-Man Jepun muncul dalam siri sekuel Into The Spider-Verse, ia pasti buat ramai teruja. Ibarat melihat Gundam muncul dalam filem Ready Player One. Diharap Sony Pictures bersetuju dengan idea Phil ini.

Bercakap tentang Spider-Man, Tom Holland akan terus memegang watak Peter Parker untuk filem ketiga dan siri MCU yang akan datang.

Rundingan Berjaya, Filem Ketiga Spider-Man Akan Ditayangkan Pada 2021

Ini Reaksi Epik Tom Holland Selepas Marvel Studios Umum Spider-Man Kekal Di MCU

Sumber