Spider-Man kini sudah berada di pawagam. Terus terang saya sangat teruja untuk tonton filem ini disebabkan pelbagai perkara. Disebabkan tak dapat ke mana-mana premiere untuk Spiderman: Homecoming ini, terpaksalah saya bersabar dan tunggu tayangan pada Rabu tengah malam.

Terus kepada sinopsis ringkas filem ini. Latar masa untuk filem ini adalah 8 tahun selepas pertempuran hebat antara Avengers dengan puak Chitauri yang dibawa masuk oleh Loki. Jadi disebabkan peperangan ini, bertaburanlah pelbagai sumber kuasa asing milik puak Chitauri ini. Syarikat milik Adrian Toomes/Vulture pada mulanya ditugaskan untuk membersihkan bandar New York hasil dari kemusnahan akibat peperangan tetapi tugas itu kemudiannya diambil alih oleh Tony Stark.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan bengang dibuang begitu sahaja, Toomes menjalankan bisnes senjata menggunakan artifak milik puak Chitauri. Peter adalah satu-satunya superhero yang perasan tentang bisnes senjata milik Toomes ini dan mahu menghapuskan Toomes tanpa bantuan ahli Avengers yang lain terutamanya mentor beliau, Tony Stark. Tanpa pengalaman yang luas dalam menghadapi musuh, mampukah Spidey menumpaskan Vulture?

Beginilah serba sedikit sinopsis Spider-Man: Homecoming. Dengan bajet keseluruhan USD175 juta untuk filem ini, apa yang hebat sangat tentang filem ini? Jawapannya, BANYAK. Jadi mari kita pergi satu persatu faktor yang menjadikan filem ini hebat.

1. Tom Holland

Siapa sangka Marvel akan memilih seorang budak lelaki yang kurang dikenali sebagai Spider-Man. Tetapi lakonan kurang 15 minit beliau dalam Captain America Civil War sudah cukup untuk meyakinkan peminat yang Tom Holland adalah insan yang paling sesuai untuk watak Peter Parker. Pujian harus diberi kepada casting team dari Marvel. Setiap pelakon yang mereka cari mesti sangat ngam dengan watak yang mereka pegang.

Tom menjiwai watak Peter Parker dengan sangat baik dan mungkin Peter Parker terbaik selepas Spider-Man era Tobey Maguire. Tubuh badan beliau yang slender, muka innocent yang comel memang sangat menggambarkan Peter Parker. Lawak yang keluar dari mulut Peter juga lucu belaka. Boleh kata Spidey versi Tom Holland ini adalah Deadpool yang lebih sopan dan tidak mengeluarkan F-Word. Alangkah indahnya jika ada filem khas antara Spidey dan Deadpool dengan Tom Holland dan Ryan Reynolds memegang watak masing-masing. Mesti riuh rendah jadinya!

2. Jalan cerita yang kemas dan penuh kejutan

Kalau anda tak tengok Avengers atau Captain America: Civil War sebelum ini pun tidak mengapa. Sebab ada sedikit sedutan dari filem-filem ini di permulaan filem ini. Saya puji jalan cerita dan flow Spider-Man: Homecoming ini yang kemas dan tidak dragging untuk buat penonton bosan. Asal usul bagaimana Peter Parker dapat kuasa Spideynya pun mereka tidak cerita. Rasanya semua pun dah tahu Spider-Man dapat kuasanya ketika digigit oleh seekor labah-labah di makmal.

Di samping ceritanya yang straight forward, tuan pengarah bijak bermain dengan elemen kejutan yang buat kita kata WOW dan WOW sepanjang masa. Terutamanya tentang watak kekasih kepada Peter Parker. Saya tidak mahu cerita tetapi di belakang anda akan kata WOW. Percayalah.

3. Peter Parker Dan Tony Stark

Selepas Civil War, boleh dikatakan Spidey tak ada job dan tertunggu-tunggu panggilan dari Tony untuk ajaknya bersama dengan Avengers yang lain. Tony pula merasakan Peter masih belum bersedia untuk bertugas bersama Avengers yang lain.

Sebagai seorang budak berusia 15 tahun, mestilah Peter sangat teruja untuk menjalankan misi besar beliau secara solo dan menumpaskan Vulture merupakan misi besar pertama beliau yang baginya, bakal membuka mata Tony Stark. Di sinilah krisis tercetus antara Tony dan Peter. Nak tahu krisis apa kenalah tonton di pawagam. Satu lagi, peminat pasti nak tahu status hubungan Tony dengan Aunt May. Jawapannya ada dalam filem ini.

4. Michael Keaton yang cemerlang

Dari Batman ke Birdman ke Vultures, Keaton adalah antara penyeri filem ini. Bagi peminat setia Keaton, beliau adalah the wingman yang sebenar kerana watak-watak yang dipegangnya sebelum ini semuanya ‘berkepak’. Kalau anda cuma tahu Batman zaman Cristian Bale, anda kena tengok Batman versi Keaton. Baru anda tahu Keaton bukan calang-calang pelakon.

Bagi saya, Vultures bukanlah villain yang terkenal dalam Spider-Man dan dalam Homecoming ini pun, kebolehan Vultures tidak dipertontonkan 100 peratus. Mungkin Vultures akan buat penampilan dalam filem Spider-Man yang akan datang?

Kesimpulannya, Marvel sekali lagi tidak mengecewakan peminat dengan karya-karya yang mereka hasilkan ketika ini. Kembalinya franchise Spider-Man ke Marvel Studios bakal meluaskan lagi possibilities penceritaan yang boleh dibuat untuk The Avengers atau mana-mana franchise Marvel yang lain.

Robert Downey Jr juga menyatakan hasrat bahawa beliau akan berhenti memainkan watak Iron Man sebelum beliau sudah tidak relevan untuk wataknya. Dalam Homecoming, Tony Stark tidak perlu beraksi lama untuk meninggalkan impak dalam Homecoming. Kemungkinan di masa akan datang, Iron Man akan hadir apabila diperlukan dan dengan cara ini, Iron Man akan terus kekal relevan dalam MCU.

Reboot Spider-Man kali ini berjaya dan dengan beberapa perubahan yang dibuat (Aunt May yang cun dan tidak kerepot serta kostum Spidey yang canggih) ianya menambah elemen coolness untuk filem ini dan anda pasti akan terhibur. Saya beri rating 9/10. Kalau anda tak suka, Spidey is too cool for you. Owh, jangan lupa tunggu selepas end credit. Ada hint untuk filem Marvel yang akan datang. tak percaya nanti tanya Captain America.