Jangan risau jika keputusan SPM 2016 kurang memberansangkan. Peperiksaan pada pendapat saya adalah untuk menentukan hala tuju ke destinasi seterusnya dalam pendidikan.

Tidak semua orang dilahirkan mempunyai capacity yang sama pada dasarnya cukup sifat. Inilah pengaruh genes bermula. Sesetengah orang susah untuk jatuh sakit, manakala yang lain mudah jatuh sakit kerana antibody yang berbeza. Begitu juga perkembangan otak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya boleh dikategorikan sebagai late bloomers. Juga keputusan SPM tidak seberapa. Alhamdulillah berkat bertanya membawa saya menjadi manusia pada dewasa ini.

Pemilihan kemasukan ke universiti perlu tepat kerana majikan memilih bakal pekerja mengikut kualiti dan expertise sesebuah universiti.

Jika berkira-kira untuk berkerja di sektor utama ekonomi negara (minyak dan gas), maka Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi Malaysia adalah pilihan terbaik.

Bagaimana pula dengan yang kurang bernasib baik?

Peluang kedua masih menunggu anda. Boleh bermula dengan institusi pendidikan yang kurang mendapat perhatian rakyat secara umumnya seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA, MJII dan Institut Kemahiran MARA ada menyediakan Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Perpaipan (salah satu contoh).

Sebenarnya ini telah melatih kebolehpasaran anda di masa hadapan kelak dan meluruskan kembali perjalanan pendidikan anda dengan memasuki Universiti Penyelidikan mahupun yang berasakan industri.

Sebagai contoh:

1. Bermula di IKM dan mengambil Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Perpaipan.

2. Dengan keputusan cemerlang semasa di IKM melayakkan anda meneruskan perjalanan ke peringkat Sarjana Muda. Boleh memilih sama ada bidang Kejuruteraan Mekanikal atau Bahan (perjalanan khusus untuk perpaipan).

3. Setelah tamat pengajian Sarjana Muda, di Malaysia secara amnya; keperluan untuk menyambung di peringkat Sarjana masih belum lagi mencapai keperluan.

Tetapi harus diingatkan bahawa lambakan pemegang ijazah Sarjana Muda adalah terlalu banyak mungkin boleh dikategorikan sebagai middle trap.

Jadi untuk bersaing dengan lebih baik adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana pula. Di sini boleh memilih bidang yang lebih khusus.

Jika di peringkat Sarjana Muda memilih kejuruteraan Mekanikal, maka Bahan adalah pilihan tepat untuk kerjaya sebagai seorang ‘Piping Materials Engineer’.

Perlu diingatkan bahawa negara maju seperti Belanda telah menggunakan kelayakan Sarjana sebagai satu kelebihan ketika permohonan kerja.

Peranan ibu bapa juga penting. Keperluan untuk mengetahui perancangan kerajaan di masa hadapan sangatlah berguna. Kita yang mencorakkan mereka supaya di masa hadapan tidak menyalahkan keadaan.

Sebagai contoh, amatilah Rancangan Malaysia (seperti ETP di National Transformation Programme – NTP Malaysia) dan cuba gauge adakah industri ini sustainable di masa hadapan.

Pokok pangkalnya, membaca. Inilah akan menolong anda kelak di kemudian hari.

P.S: 9A ibarat sponge. Boleh rujuk di sini untuk kemasukan kelolaan MARA.

Baca: 11 Langkah Memiliki Kerjaya Jurutera Di Bidang Minyak Dan Gas