SpongeBob SquarePants telah melancarkan ‘perang’ ke atas filem aksi Sonic the Hedgehog dengan mereka semula bentuk watak Sonic. SpongeBob SquarePants adalah siri animasi komedi yang disiarkan di Nickelodeon sejak tahun 1999 lagi.

Sonic the Hedgehog, filem live-action yang diadaptasi daripada permainan video , menjadi berita utama setelah reka bentuk watak utamanya dikritik.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Di laman Twitter rasmi SpongeBob, mereka telah memuat naik dua gambar dengan kata-kata, “Jika SpongeBob adalah #SonicMovie” bagi melancarkan gurau ‘kasar’ ke atas rakan animasi beliau, Sonic.

Di sebelah kiri, SpongeBob telah menyerupai seperti manusia, kaki yang kelihatan berbulu, dan deretan gigi yang sangat realistik ; di sebelah kanan, SpongeBob versi original.

spongebob-squarepants-sonic-the-hedgehog-movie-nickelodeon-nick-sbsp

Gambar ini disiarkan oleh laman rasmi Twitter SpongeBob sebelum ia dipadam

Namun, tidak lama selepas itu, ciapan terbabit telah dipadam oleh @SpongeBob selepas menerima kritikan ramai orang. Tetapi beberapa portal antarabangsa berjaya menyimpan gambar tersebut.

Sonic the Hedgehog, yang dibintangi oleh Ben Schwartz sebagai Sonic bersama-sama dengan Jim Carrey dan James Marsden bakal menemui peminat di pawagam pada Hari Valentine ini selepas reka bentuk sebelum ini diolah semula sehingga menyebabkan filem ini ditangguhkan selama tiga bulan.

Dalam siri permainan video, Sonic adalah landak antropomorfik dengan kelajuan super, matlamat utamanya adalah untuk mengumpulkan cincin dan menghentikan kejahatan Dr Robotnik.

Lain pula bagi filem Sonic untuk tahun 2020 ini apabila Sonic meninggalkan dimensi alternatifnya dan memasuki dunia nyata, kelajuan Sonic yang luar biasa telah menyebabkan gangguan kuasa dan kerajaan telah mengarahkan Robotnik (Carrey) untuk menangkap Sonic.

Untuk melihat trailer rasmi filem Sonic The Hedgehog, sila klik pautan di bawah.

Tonton Trailer Rasmi Sonic The Hedgehog Yang Berwajah Baharu

Anda Mungkin Suka