TikTok adalah satu aplikasi yang makin hype di Malaysia dan ramai yang menghasilkan pelbagai video yang fun dan juga ada pengisian. Terdapat pelbagai video menarik dihasilkan menjasi tontonan ramai.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter berkongsi sebuah video TikTok dimana menunjukkan seorang majikan memberikan hadiah kepada pekerjanya. Bagi anda yang tidak tahu, pemilik akaun TikTok itu iaitu khiu19 sering tampil dengan pelbagai sketsa menggunakan bahasa Melayu.

Berikutan perkongsian tersebut, rata-rata netizen cukup kagum dan mengatakan beliau seorang majikan yang baik dan menghargai pekerja. Malah, ada juga netizen yang berasa terharu dan terasa ingin menangis melihat video tersebut.

Sebelum ini, rata-rata pengikut khiu19 hanya merasakan beliau hanyalah video creator untuk akaun miliknya yang pernah tampil dengan kereta mewah dalam videonya. Akan tetapi, identiti sebenarnya mengejutkan ramai pihak.

Sebenarnya beliau adalah Dato’ Calvin Khiu, CEO MK Curtain. Anda pasti terkejut, bukan? Malah, bagi yang mengenali beliau cukup kagum dengan beliau dan mengatakan beliau sering mendapat ‘award’.

Siapa sangka pemilik syarikat besar seperti MK Curtain memiliki akaun TikTok? Pastinya ini juga satu boleh dikatakan satu marketing yang bagus dan ‘fresh’ oleh satu syarikat besar.

Adakah anda juga kagum beliau? Sementara itu, Perak dikhabarkan akan menggunakan TikTok sebagai medium untuk promosikan negeri mereka. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Perak Mahu Guna TikTok Untuk Promosikan Tempat Pelancongan

Dulu Permohonan Kerja Ditolak, Kini Beliau Pemilik Tempat Kerja Tersebut

TMJ Pemilik Sebenar Istana Dalam ‘Crazy Rich Asians’ Yang Bernilai RM14 Bilion