Berjaya menjadi syarikat penstriman muzik paling berjaya dunia ternyata mampu memberi keyakinan buat Spotify untuk bersedia memasuki IPO.

Syarikat yang berasal dari Sweden ini dikatakan bakal memasuki pasaran saham selepas dinilai dengan harga $23 bilion (RM90 bilion) berdasarkan prestasi semasa baru-baru ini.

spotify-ceo-daniel-ek-talks-u-s-market-streaming-service-market-responds-to-thom-yorke
CEO Spotify, Daniel Ek

Pengumuman Spotify memasuki pasaran saham ini dibuat selepas syarikat ini mengumumkan kerugian sebanyak $1.5 bilion pada tahun 2017 dimana $1 bilion hilang disebabkan masalah melibatkan rundingan bersama syarikat Tencent.

Setakat ini Spotify sudahpun berjaya ditawarkan di 61 buah negara melibatkan 159 juta pelanggan seluruh dunia dimana 71 juta daripadanya merupakan pelanggan berbayar.

Peningkatan jumlah pelaburan di dalam Spotify bakal membolehkan syarikat ini menawarkan sesuatu yang lebih menarik dan fresh buat para pengguna.

Sumber