Sejak adanya platform Spotify, para pengguna nampaknya tidak lagi mempunyai masalah untuk mendengarkan muzik dengan cara yang sah.

Harganya yang berbaloi serta sokongan lagu yang banyak antara yang membuatkan Spotify menjadi pilihan.

F7A6F830-9B2A-46BA-8E0F-E1CFAB8888C9

Terbaru, Spotify bakal menawarkan sebuah fungsi terbaru buat pengguna Android dimana para pengguna berpeluang memuat masuk muzik luar dalam format mp3 kedalam Spotify. 

Penawaran ini dibuat bagi membolehkan para pengguna dapat mendengarkan muzik yang tidak tersedia di platform ini.

Berdasarkan idea terbaru Spotify ini, agak menarik untuk menyaksikan bagaimana platform ini dapat menghalang daripada gejala cetak rompak muzik berulang kembali. Setakat ini fungsi terbaru ini bakal ditawarkan buat pengguna Android terlebih dahulu.