Kehadiran Spotify nampaknya berjaya menarik perhatian ramai untuk melanggan servis muzik berbayar. Terkenal dengan platform menawarkan pelbagai muzik, kini nampaknya Spotify ingin mula memasuki menawarkan podcast buat orang ramai.

Melalui fungsi terbaru Spotify ini, para pengguna berpeluang memuat naik podcast yang dibuat terus ke platform ini. Setakat ini, Spotify cuma menawarkan penawaran podcast yang dimuat naik dan belum menyokong podcast yang dijalankan secara live.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan jumlah pengguna seramai 180 juta, Spotify yakin penawaran terbaru ini bakal memberi lebih hiburan dan meningkatkan lagi jumlah pengguna platform ini. Buat anda yang sudahpun menghasilkan beberapa podcast, inilah masanya untuk anda cuba muat naik di Spotify.

Sumber