Krisis ekonomi global telah merubah landskap bisnes sesebuah syarikat. Kini syarikat teknologi gergasi mula mengambil kira untuk membuang sejumlah tenaga kerja kerana mahu menjimatkan kos operasi.

Terbaharu, Spotify kini menjadi sebuah lagi syarikat teknologi yang turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja iaitu sekitar 6% pekerja sepenuh masa. Secara kasarnya, ia memberi kesan kepada hampir 600 orang pekerja Spotify.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Spotify newsroom

Spotify memaklumkan ini adalah sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat mereka, meningkatkan kadar efisien, menggurangkan kos dan juga mempercepatkan pembuatan keputusan.

Malah, syarikat ini mahu melakukan pembuangan seawal minggu ini. Jurucakap Spotify bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berkaitan perancangan membuang tenaga kerja pada masa kelak. Syarikat Meta, Alphabet inc, Amazon inc dan Microsoft juga telah mengumumkan pembuangan tenaga kerja baru-baru.

Sumber