Jika anda pernah ke negara luar, gift card bukan lagi sesuatu yang baru. Selalunya gift card seperti Google Play Store akan disusun bersama gift card daripada Apple Store dan iTunes. Bagi anda yang sering mendengar muzik pada peranti mudah alih, agak mustahil untuk anda tidak mengenali Spotify yang merupakan antara penyedia servis penstriman muzik terbaik ketika ini.

Hunter Killer Cover
HYPE
Peperangan Bawah Laut Dan Darat Penuh Aksi Gempak Dan Mendebarkan Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Setelah hampir 3 tahun Spotify berada di dalam pasaran Malaysia, kini tibanya untuk Spotify untuk mula menjual gift card secara meluas. Dijangka kerjasama diantara 7-Eleven dan Spotify ini bakal memberi peluang buat Spotify meningkatkan lagi bilangan pengguna seluruh Malaysia.

christmas_gift_guide_spotify

Penggunaan sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan buat mereka yang tidak mempunyai kad debit untuk mendapatkan akses premium Spotify.

Berdasarkan laporan, Spotify berjaya mengurangkan kadar cetak rompak dalam industri muzik. Spotify mengatakan pengguna Malaysia telah menstrim lagu selama 8.3 bilion minit sehingga kini. Dijangka angka ini meningkat 71% setiap tahun. Boleh tahan lama dan kerap juga ya rakyat Malaysia layan lagu di Spotify.

Dalam pada itu, anda kini boleh mengakses atau menghantar lagu melalui Spotify kepada kawan anda menggunakan aplikasi permesejan Messenger. Mungkin cara terbaik untuk anda meluahkan perasaan anda melalui lagu.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group