Umum tahu sejak akhir-akhir ini Malaysia telah dilanda dengan jerebu yang dibawa oleh negara seberang. Orang ramai juga telah dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dengan memakai mask yang sesuai manakala beberapa sekolah juga telah ditutup demi kesihatan kanak-kanak.

Disebalik keadaan jerebu yang serius, Spotfiy selaku platform penstriman muzik telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah playlist khas sempena musim jerebu di Malaysia yang dinamakan sebagai Hazed & Confused.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hazed & Confused Spotify

Playlist ini berjaya mendapat perhatian netizen berikutan seleksi lagu yang sangat ‘tepat’ dengan temanya seperti No Air, Harder To Breath dan Lose My Breath dan lain-lain lagi. Tidak hairanlah playlist yang baru sahaja dihasilkan Spotify ini sudahpun menerima hampir 9,000 pengikut.

Pastinya orang ramai mengharapkan musim jerebu akan cepat reda bagi mengelakkan kepada masalah kesihatan yang tidak diingini. Sementara menantikan keadaan kembali pulih, mungkin anda boleh memilih untuk mendengar playlist yang sedang trending ketika ini. Klik di sini untuk mendengarnya.

Boleh tahan kreatif bukan apa yang dilakukan Spotify bersempena dengan keadaan semasa? Kami kongsikan lagi beberapa lagi artikel berkaitan Spotify yang mungkin menarik minat anda. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Spotify Berjaya Peroleh 100 Juta Pelanggan Berbayar

‘Fake Love’ Daripada BTS Berjaya Menjadi Lagu K-Pop Paling Kerap Distrim Di Spotify

Spotify Tambah Fungsi ‘Mute’ Untuk Penyanyi Yang Anda Tidak Suka