Spotify mula memperkenalkan polisi ‘Hateful Conduct’ tahun lepas yang mengakibatkan beberapa penyanyi telah dipadam daripada senarai lagu yang ditawarkan.

Antara penyanyi yang terlibat ialah XXXTentacion dan R.Kelly disebabkan oleh lagu daripada penyanyi tersebut mengandungi unsur yang bercanggah daripada nilai moral yang positif seperti kandungan yang berunsur hasutan.

Kini Spotify memberi kuasa kepada pengguna untuk melakukan perkara yang sama melalui pilihan yang terdapat pada aplikasi tersebut. Caranya mudah sahaja, pengguna hanya perlu menekan pada pilihan “…” di akaun penyanyi tersebut kemudian tekan pada pilihan “Don’t Play This Artist”.

Aiman 3
Tekan pada ‘Don’t Play This’ jika mahu mute sesetengah penyanyi

Pilihan ini akan menyekat semua lagu yang dinyanyikan artis yang anda mute. Walaupun penyanyi berkenaan berada dalam playlist lagu yang anda sedang dengar, Spotify akan skip artis berkenaan untuk anda. Anda suka fungsi terbaru Spotify ini?