Sekiranya sebelum ini para pengguna terpaksa mendengar lagu secara haram kerana kekurangan platform untuk mendengar muzik secara sah, kini tidak lagi dengan adanya Spotify.

Melalui pakej terbaru yang ditawarkan Spotify bagi menarik lebih ramai pengguna baru, para pengguna berpeluang melanggan Spotify dengan harga serendah RM2 sahaja. Lebih menarik, harga yang ditawarkan ini sah selama tiga bulan. Pada kami ianya sebuah harga yang berbaloi khususnya buat mereka yang belum pernah mencuba menggunakan Spotify.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Spotify RM2

Difahamkan tawaran terhad ini cuma berlangsung sehingga 31 Disember ini sahaja. Pihak Spotify juga tidak menjanjikan sebarang kontrak buat para pengguna dimana anda boleh membatalkan pada bila-bila masa sahaja. Apa lagi, inilah masanya untuk pengguna baru mencuba keseronokan menggunakan aplikasi penstriman muzik Spotify.