Merujuk kepada stastik yang dikeluarkan oleh Portal Data Terbuka Malaysia, sehingga 30 Jun 2019, seramai 2,002,427 pekerja asing sudah berada di Malaysia dengan negeri Selangor menjadi negeri paling banyak didiami oleh warga asing iaitu seramai 608,308 orang.

Semalam, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa telah wujud penyalahgunaan kuasa, rasuah serta eksploitasi dalam urusan pengambilan pekerja asing di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memberitahu wujud agen dan individu yang mengambil peluang untuk mengeksploitasi pekerja asing yang ingin masuk ke negara ini.

Menurut beliau lagi, isu rasuah yang melibatkan warga asing ini memang banyak berlaku. Ada diantara warga asing ini datang ke sini kononnya mempunyai kerja tetapi hakikatnya tiada.

“Ada yang datang ke Malaysia kemudian tiada dokumen. Mungkin ada orang khianat, contohnya mereka buat visa, lepas itu mereka tamatkan proses pengambilan,” katanya kepada Bernama selepas perbincangan panel Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDG) 2019, semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau telah mencadangkan agar proses kemasukan pekerja asing dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana bahagian KSM lebih mengetahui berapa banyak peluang pekerjaan sedia ada untuk pekerja asing.

Kebanyak majikan di Malaysia gemar mengupah pekerja asing kerana kadar upah mereka jauh lebih murah berbanding dengan rakyat tempatan. Jika dilihat, rata-ratanya gemar mengupah pekerja dari Bangladesh, Indonesia, dan Myanmar. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, kadar mata wang negara boleh jatuh ke paras bahaya oleh kerana banyak yang keluar daripada masuk.

Terdahulu SPRM dakwa bekas CEO SSM dan anak gara-gara terlibat dalam satu kes rasuah berjumlah RM5.7 juta. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

SPRM Dakwa Bekas CEO SSM Dan Anak Bagi Kes Rasuah RM5.7 Juta

SPRM: Rasuah Tetap Musuh No 1 Negara, Bukan Dadah

Sumber