Pada minggu lalu, sebuah operasi khas yang dinamakan Op Tropicana bagi menangkap dalang disebalik siri penipuan pelaburan yang berpengkalan di Malaysia. Kejayaan serbuan ini telah membongkar suspek-suspek yang terdiri daripada warga asing.

Kini SPRM sekali lagi menyerbu sebuah pejabat mewah yang dijadikan pusat panggilan oleh sindiket penipuan pelaburan oleh sindiket penipuan pelaburan dan kriptowang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Sinar Harian

Dalam serbuan ini, Pasukan Khas Bahagian Pengubahan Wang Haram (AML), SPRM menemui pelbagai peralatan antaranya set komputer, pelayan internet, peralatan pejabat dan pelbagai kelengkapan dipercayai akan digunakan bagi tujuan mencari mangsa.

Malah, pejabat itu turut dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut sehingga mencecah 12 unit bagi sesebuah ruang kerja malah kesemua tingkap ditutup dengan pelekat.

Difahamkan pejabat di tingkat 15 berkenaan sudah hampir 90 peratus siap diubahsuai dengan kos termasuk pelbagai kelengkapan komputer dianggarkan mencecah RM500,000. Pejabat berkenaan dipercayai akan beroperasi dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi itu disyaki menjadi pusat panggilan sindiket penipuan antarabangsa.

Sindiket berkenaan juga disyaki mensasarkan mangsa luar negara dan tidak menolak kemungkinan rakyat Malaysia turut menjadi mangsa menerusi iklan pelaburan di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

Mereka dipercayai telah memperdaya mangsa dengan meyakinkan mereka supaya melabur ke dalam syarikat pelaburan yang tidak wujud dan syarikat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.