Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad tetap dengan pendiriannya mengatakan bahawa rasuah adalah musuh no 1 negara walaupun kenyataan ini pernah dicanggah oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan yang berpendapat bahawa dadah adalah musuh no 1 negara, bukan rasuah.

Menjelaskan kenyataannya, Tan Sri Dzulkifli menerangkan bagaimana dadah boleh menjadi musuh no 1 negara sedangkan rasuahlah yang membenarkan dadah menembusi sempadan negara kita. Kenyataan ini diperkuatkan dengan memberitahu, meskipun penguatkuasa dan undang-undang di negara kita sudah ketat, termasuk hukuman mati mandatori, namun pengedaran dadah di negara kita masih lagi berleluasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kempen kesedaran terhadap rasuah sebagai musuh no 1 negara kepada masyarakat kini sedang diperkenalkan. Salah satunya terdapat di Stesen LRT Bangsar.

rasuah
Sumber: Thesundaily.com

Mewakili generasi pintar hari ini, kami bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang berpendapat bahawa rasuah adalah musuh no 1 negara. Dilihat dari sudut yang lebih tajam, kesan terhadap penyalahgunaan kuasa ‘rasuah’ ini lebih dahsyat jika hendak dibandingkan dengan dadah. Lebih parah, rasuah boleh menjejaskan imej negara dan kepercayaan orang ramai terhadap kecekapan sistem perundangan negara kita. Di samping itu, ia turut menganggu kehidupan masyarakat dan birokrasi pemerintahan.

Sumber