Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Penunjuk perasaan yang menyerbu Istana Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa pada Sabtu akui terkejut dengan penemuan sejumlah besar wang.

Dakwaan ini membuatkan orang ramai mempersoal dari mana datangnya duit sebanyak itu ditengah-tengah krisis ekonomi yang melanda negara terbabit.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurut akhbar harian Sri Lanka, NDTV, dilaporkan wang yang diperoleh penunjuk perasaan telah diserahkan kepada unit keselamatan.

Beberapa video yang tersebar di media sosial menunjukkan ribuan penunjuk perasaan menyerbu Istana Rajapaksa di Colombo, memaksanya melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui.

Penunjuk perasaan memecah masuk ke dalam istana, merobohkan penghadang polis, berenang di kolam renang dan menggeledah dapur dan rumah.

Dalam satu video di media sosial, penunjuk perasaan boleh dilihat mengira wang kertas yang mereka dakwa ditemui di istana presiden.

Pihak berkuasa Sri Lanka berkata keadaan itu hanya dapat diketahui selepas mereka menyiasatnya dan menemui fakta yang berkaitan.

Ketua Staf Pertahanan (CDS) Jeneral Shavendra Silva menggesa semua rakyat memberi sokongan kepada angkatan tentera dan polis bagi mengekalkan keamanan di Sri Lanka.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Tanah Sri Lanka Harin Fernando dan Menteri Tenaga Manusia dan Pekerjaan Asing Manusha Nanayakkara berkata mereka telah memutuskan untuk berundur secepat mungkin.

Penunjuk perasaan juga memecah masuk ke dalam rumah persendirian Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe dan membakarnya.

Beberapa wartawan turut diserang oleh pasukan keselamatan selepas lebih ramai penunjuk perasaan berkumpul di kawasan itu, lapor Daily Mirror.

Polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menghentikan penunjuk perasaan yang marah.

Sementara itu, Jabatan Bomba Majlis Bandaraya Colombo (CMC) berkata mereka dimaklumkan bahawa kediaman peribadi Wickremesinghe di Colombo telah dibakar dan pasukannya tidak dapat sampai ke tempat kejadian akibat rusuhan.

Wickremesinghe, yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mei, telah mengumumkan akan berundur bagi memastikan kesinambungan kerajaan dan keselamatan semua rakyat.

Sebaliknya, Gotabaya Rajapaksa juga bersetuju melepaskan jawatannya.

Krisis ekonomi di Sri Lanka: Diesel habis, elektrik kena catu dan darurat dikuatkuasakan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Krisis Ekonomi Di Sri Lanka: Diesel Habis, Elektrik Kena Catu Dan Darurat Dikuatkuasakan