Kerajaan Sri Lanka mengeluarkan kenyataan bahawa mereka merancang untuk melaksanakan perintah larangan pemakaian tudung burqa (tudung menutup wajah namun terbuka pada bahagian mata) dan menutup lebih daripada 1,000 buah sekolah aliran agama Islam, lapor Al-Jazeera.

Komuniti Islam merupakan kaum minoriti di Sri Lanka dan keputusan ini bakal menekan lagi rakyat yang beragama Islam di sana.

Difahamkan, surat pelaksanaan undang-undang melarang pemakaian burqa kepada wanita Islam di Sri Lanka telah ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Awam, Sarath Weerasekera atas alasan demi menjaga keselamatan negara berikutan agama Islam yang sering dianggap sebagai agama terrorist atau pengganas.

Menurut Weerasekera lagi, kerajaan Sri Lanka juga merancang untuk menutup lebih daripada 1,000 buah sekolah aliran agama Islam seperti madrasah dan sekolah pondok yang dikatakan bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan yang diamalkan di negara itu.

Untuk rekod, isu Islamophobia di Sri Lanka ini sudah sekian lama ‘menebal’ sejak 2019 selepas berlakunya peristiwa berdarah pengeboman gereja dan hotel oleh kumpulan militan. Insiden tersebut telah menyebabkan lebih daripada 250 orang terkorban. Disebabkan kes tersebut, pemakaian burqa dalam kalangan wanita Islam di Sri Lanka ditangguhkan untuk sementara waktu.

Tidak cukup itu, sejak tiba pandemik COVID-19, negara Sri Lanka sekali lagi menjadi perbualan kontroversi apabila kerajaan negara itu mewajibkan jenazah umat Islam yang terkena COVID-19 dikebumikan dengan cara membakar mayat seperti diamalkan oleh agama Buddha. Lantaran itu, perintah tersebut dibatalkan pada awal tahun ini selepas dikritik oleh kerajaan Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

Sri Lanka sebelum ini memaksa perintah bakar jenazah bagi umat Islam yang terkena COVID-19. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kerajaan Sri Lanka Paksa Bakar Jenazah Umat Islam Yang Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Pertama Kali Berbekam, Foto The Rock Ini Cetus Perbalahan ‘Islamophobia’ Di Kalangan Netizen

 

Sumber