Pernah tengok perkataan SRS di steering kereta anda dan di dashboard? Bagi sesiapa yang memiliki kereta yang mempunyai sistem beg udara (airbag), maka mereka pasti akan melihat tulisan SRS ini. Apakah maksud SRS sebenarnya?

SRS adalah singkatan kepada “Secondary/Supplemental Restrain System” yang bermaksud sistem sokongan kedua atau sekunder kepada tali pinggang keledar jika berlaku kemalangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tali pinggang keledar adalah merupakan sistem utama perlindungan kepada pemandu untuk mengurangkan impak kemalangan. Dengan erti kata lain, adanya SRS airbag ini ciri-ciri keselamatan dalam pemanduan kereta dapat dipertingkatkan.

Selain daripada airbag, head rest juga diklasifikasi sebagai “restrain system” dan bukannya untuk rest atau menyandarkan kepala mahupun untuk tidur semasa memandu. Ia direka khas untuk menjadi sistem sokongan mengurangkan impak kemalangan.

Di sini ada sedikit data/fakta mengenai kematian yang disebabkan oleh impak kemalangan. Berdasarkan data ini, sesetengah pengeluar kereta menjadikan “basis” untuk mereka meningkatkan sistem keselamatan kereta.

fakta kemalangan
Gambar: Nissan-Global

SRS airbag akan diaktifkan secara automatik apabila berlaku kemalangan. Bagi sesetengah sistem ini pada kenderaan telah diprogramkan dengan sistem tali pinggang keledar. Apabila berlaku kemalangan, seat belt akan diketatkan pada masa yang sama SRS air bag diaktifkan.

Tapi bukan semua jenis kemalangan akan membuatkan SRS airbag diaktifkan. Ia bergantung kepada standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta atau pengeluar airbag itu sendiri, kelajuan kereta dan impak kemalangan.

Tahukah anda berapa kelajuan SRS airbag apabila diaktifkan untuk mengembang sepenuhnya? Mengikut Toyota, kelajuannya mencecah 100km/j sehingga 300km/j. Pun begitu, ianya selamat dan menjadi perlindungan terbaik kepada pemandu apabila berlaku kemalangan.

Oh ya! Kenapa kadang-kadang kita dengar ada pemandu yang patah tangan apabila SRS air bag diaktifkan? Salah satu sebab adalah cara memegang steering yang tidak betul dan menjadi penghalang kepada SRS air bag apabila diaktifkan seterusnya memberi impak yang tidak baik kepada tangan pemandu.

Jika lampu isyarat SRS menyala, baik anda segera ke bengkel supaya anda dalam keadaan yang lebih selamat. Walaupun kereta anda masih boleh bergerak, namun kebolehan sistem air bag anda diragui dan boleh menjejaskan keselamatan anda. Kita tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku semasa kita memandu.

srs symbol

Pendek kata, demi keselamatan anda dan orang tersayang, pakai tali pinggang keledar, guna kereta yang mempunyi ciri-ciri keselamatan yang baik dan jadi pemandu yang berhemah.

Semoga bermanfaat.