Sanggupkah anda melabur untuk sebuah SSD bersaiz besar dengan harga yang diumumkan? Mendengar harga sahaja sudah buat kami surrender. Samsung pada Mac yang lalu mengumumkan syarikat mereka bakal mengeluarkan sebuah SSD dengan saiz terbesar. Dan pada hari ini SSD 15 TB daripada Samsung ini mula dijual dengan harga sekitar $10,000 (~RM40,316)

Apa yang menyebabkan SSD lebih mahal berbanding Hard disk biasa adalah kepantasannya. Bukan sahaja dari segi transfer rate, malah dari saat anda on komputer lagi. Sangat berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen-Shot-2016-08-01-at-12.22.18-PM

Disamping saiz yang besar, SSD daripada Samsung ini hadir dengan transfer rate yang sangat pantas iaitu 12GB/s.  Bayangkan, anda hanya perlukan 5 saat untuk memindahkan data bersaiz 60GB. Sokongan perlindungan data juga disediakan bagi memastikan segala data dapat disimpan dengan rapi tanpa sebarang masalah.

Samsung juga mensasarkan penjualan SSD ini kepada industri-industri dimana penggunaan storan yang besar amat diperlukan. Buat anda yang berminat untuk mencuba sendiri kelajuan menggunakan SSD, Samsung juga menawarkan saiz SSD yang lebih rendah dan tidak terlalu mahal harganya bermula dari 480GB. Sesuai buat pengguna laptop dan PC. Kata orang, once you go SSD, you’ll never go back.

Sumber