Sekarang ini sedang kecoh benar berkenaan permohonan BR1M ditolak jika pemohon didapati memiliki lesen lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, ramai dikalangan pemohon terutama golongan belia menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan meraih keuntungan sedikit, selain daripada yang baru memulakan perniagaan secara dalam talian.

Jelasnya lagi, ada juga antara mereka mereka memiliki lesen SSM semata-mata untuk menjalankan perniagaan di bazar Ramadan untuk setahun sekali. Oleh itu, Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta untuk menilai semula tahap perniagaan yang dijalankan serta pendapatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau turut berkata, pemohon BR1M yang memiliki lesen SSM perlu bekerjasama dengan membuat pengesahan dan rayuan secara telus serta profesional.

Dalam satu laporan yang lain, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu pihak mereka memerlukan dokumen dari pemohon BR1M yang mengesahkan pendapatan mereka sebagai bukti ia menepati syarat iaitu berpendapatan bulanan RM4000,00 ke bawah.

Manakala untuk pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, sebaliknya boleh mengemukakan buku atau penyata kewangan untuk berbuat demikian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata “Kerajaan tidak akan salurkan bantuan BR1M kepada golongan yang kita tidak tahu berapa pendapatannya. Ada segelintir pihak mendakwa penerima BR1M berpendapatan RM7,000 hingga RM10,000, ini yang kita tak mahu berlaku”.

Selain itu, pihaknya turut memberi jaminan kepada pemohon yang memenuhi kriteria pasti akan mendapat bantuan dari kerajaan itu. Pemohon BR1M yang gagal menerima bantuan boleh mengemukakan rayuan di semua Cawangan LHDN mulai 3 April hingga 31 Mei tahun ini.

Sumber