Sekiranya anda seorang peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris, pastinya anda cukup tahu dimana kelab popular di London iaitu Tottenham Hotspur baru sahaja menyiapkan stadium terbaru mereka.

Stadium yang dikenali sebagai Tottenham Hotspur Stadium ini dilengkapi denganĀ 62,062 tempat duduk secara tidak langsung berjaya menjadikan stadium ini sebagai stadium terbesar di Liga Perdana Inggeris.

Walaubagaimanapun, terdapat sebuah lagi perkara menarik dan sangat dekat dihati Rakyat Malaysia dimana stadium ini turut mempunyai menu ‘Malaysian Chicken Curry’ dan ‘Malaysian Rendang’ khas buat santapan para penonton. Pastinya peminat Tottenham Hotspur di Malaysia tidak ralat lagi untuk mencubanya apabila berkunjung ke kelab ikonik di London ini.