Sebut mengenai Ariel Noah atau pernah popular dengan band sebelumnya iaitu Peterpan pasti ramai yang mengenalinya. Malah, lagu daripada penyanyi Indonesia ini masih lagi menjadi siulan sehingga kini.

Terbaharu, Ariel Noah sekali lagi menjadi menjadi bualan netizen selepas berjaya bernyanyi sambil berkasut roda menerusi konsert Danamon New Live Experience yang dibuat secara drive-in.

Paling mencuri perhatian ramai apabila Ariel berjaya menyanyikan lagu Topeng sambil berkasut roda mengelilingi kereta-kereta di konsert berkenaan dengan lontaran suara yang sempurna sekaligus membuatkan orang ramai serta para netizen teruja. Berikut merupakan respon netizen mengenai persembahan unik daripada Ariel ini.

https://twitter.com/hairilakf/status/1463002227052724231

Melihat kepada persembahan Ariel, mungkin ramai yang cukup tahu beliau mempunyai kemampuan vokal yang hebat namun tidak ramai yang mengetahui beliau juga turut hebat bermain kasut roda.

Semuanya tidak lagi mengejutkan selepas seorang netizen mendedahkan Ariel merupakan seorang bekas atlet kasut roda serta turut berjaya memenangi pingat emas sekitar dua dekad yang lalu.

Tahniah diucapkan buat Ariel serta pihak krew atas idea kreatif dalam mewujudkan pengalaman baharu buat para penonton yang berada di konsert berkenaan dan juga mereka yang menonton konsert berkeaan.

Tular pada minggu ini apabila Papa Zola selaku watak popular dalam siri BoBoiBoy dilaporkan telah digugurkan pada filem akan datang.

Dengar Pendapat Ramai, Karakter Papa Zola Sah Digugurkan Dalam Filem BoBoiBoy Akan Datang

Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih

Sumber