Dua minggu lalu, peminat Marvel Cinematic Universe dikejutkan dengan berita pengarah Guardians Of The Galaxy (GOTG), James Gunn dipecat daripada kerusi pengarah.

Ianya keputusan yang dibuat oleh Marvel berikutan Tweet di laman Twitter yang ditulis Gunn 10 tahun lalu yang menurut Marvel, tidak sensitif dan tidak kena dengan nilai murni Marvel.

James Gunn sendiri sudah membuat kenyataan bahawa beliau kini adalah insan yang lebih baik daripada dirinya yang terdahulu dan sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka atas ‘keterlanjuran’ dirinya satu ketika dahulu.

Chris Pratt yang memegang watak penting Star-Lord semalam memuat naik satu petisyen yang telah ditandatangan oleh hampir kesemua pelakon Guardians Of The Galaxy yang lain.

Di sini boleh dilihat kesemua pelakon tidak bersetuju dengan tindakan terburu-buru Disney dalam memecat James Gunn tanpa mendengar penjelasan daripada pihak James Gunn.

Diharap Disney kembali membuat keputusan yang betul kerana mereka pastinya tidak mahu para pelakon GOTG tidak gembira dengan keputusan yang dibuat. Jika pelakon sendiri mahu James Gunn kembali, semestinya James Gunn adalah adalah aset penting untuk franchise GOTG ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group