Captain Kirk dan anak kapalnya kembali dalam filem terbaru siri franchise Star Trek ini. Star Trek Beyond kini diarah oleh Justin Lin, pengarah hebat yang sebelum ini menempa nama dalam franchise Fast & Furious. J.J Abrams bertindak hanya selaku producer dalam filem ini dan memberi baton kepada Justin untuk membuat magik untuk filem Star Trek Beyond ini.

Tahukah anda tahu J.J Abrams adalah produser dan direktor yang bertuah kerana beliau sudah merasa mengarah dalam dua franchise filem hebat iaitu franchise filem Star Trek dan Star Wars : The Force Awakens? Apa yang boleh saya katakan beliau berjaya handle kedua-dua siri reboot ini dengan jayanya. Boleh dikatakan J.J Abrams memang mahir dalam ‘ilmu angkasa’ dan seorang geek yang hebat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jj-abrams-star-wars-star-trek

Justin Lin tidak menghadapi masalah untuk mengarah filem ini kerana beliau menggunakan ‘acuan’ yang sudah sedia ada dari dua filem Star Trek sebelum ini dan gunakannya dalam filem ini. Filem Star Trek Beyond ini tidak lari jauh jalan ceritanya dengan filem Star Trek Into Darkness. Itu yang menjadikan filem ini berjaya dan tetap awesome walaupun jalan ceritanya simple dan straight forward sahaja.

Filem ini bermula dengan USS Enterprise mendarat di stesyen angkasa dikenali sebagai Yorktown selepas eksplorasi angkasa selama 3 tahun. Captain James Kirk merasakan selepas bertahun-tahun di angkasa, beliau sudah mula hilang fokus dalam dirinya untuk terus menjayakan eksplorasi ke serata angkasa lepas.

Beliau mengambil keputusan untuk mengisi jawatan Vice Admiral di mana beliau akan diletakkan sama ada di stesyen bintang Yorktown atau di bumi. Beliau mahu Commander Spock dilantik sebagai kapten baru untuk USS Enterprise. Bagaimanapun Commander Spock sendiri mempunyai dilemma beliau yang tersendiri dan ingin melepaskan jawatannya sebagai komander untuk USS Enterprise.

ST 1

Konflik bermula apabila sebuah pod asing sampai ke Yorktown untuk Kalara, makhluk asing ingin mendapatkan bantuan pihak Federation untk menyelamatkan anak kapal beliau di sebuah planet di mana pihak Federation masih belum mempunyai sebarang informasi tentang nebula itu.

USS Enterprise dihantar ke nebula berkenaan untuk misi menyelamat. Tanpa disangka, kapal Enterpise musnah diserang makhluk asing diketuai Krall yang ingin mendapatkan artifak asing yang berada dalam Enterprise untuk menghidupkan satu senjata purba yang sangat hebat.

ST krall

Enterprise terhempas ke sebuah planet dan di sinilah bermulanya survival para anak kapal Enterprise. Engineer kapal berkenaan, Scotty bertemu dengan Jaylah, alien yang turut berjuang menentang Krall. Tanpa beliau sedari, Jaylah telah menjadikan sebuah kapal milik Federation, USS Franklin yang turut terhempas di planet itu sebagai rumahnya. USS Franklin adalah peluang mereka untuk kembali ke Yorktown.

Krall berjaya menawan majoriti anak kapal USS Enterprise dan setelah didesak, akhirnya artifak purba itu jatuh ke tangan Krall dan beliau ke Yorktown dan ingin mememusnakan terus pangkalan angkasa berkenaan. Jadi untuk mengetahui cerita ini lebih lanjut, anda perlulah ke pawagam.

ST jaylah

Justin Lin berjaya menjadikan filem ini fun dan hebat untuk ditonton. Justin berjaya memberi perana kepada setiap watak dalam filem ini dan tidaklah Captain Kirk dan Spock sahaja yang steal the show. Dalam babak peperangan di angkasa pula, memang hebat dan setelah mengarah beberapa filem Fast & Furious, Justin tahu bagaimana untuk menjadikan adegan peperangan itu penuh adrenaline seperti apa yang lihat dalam perlumbaan dalam Fast & Furious.

One liner joke dan lawak-lawak spastik menghiasi filem ini untuk tidak mematikan mood anda. Bagi saya, filem ini seimbang antara aksi dan lawak, which is good for the movie. Jika ada sambungan lagi untuk siri ini di masa hadapan, salah seorang krew Enterpirse tidak akan membuat penampilan iaitu Pavel Chekov yang dilakonkan oleh Anton Yelchin. Beliau meninggal dunia di usia 27 tahun dalam satu kemalangan bulan lepas. Watak Chekov boleh dikatakan penting kerana beliau adalah pengemudi kapal USS Enterprise.

"For Anton"
“For Anton”

Di akhir filem ini, tertulis dedikasi untuk dua insan penting dalam siri Star Trek ini, “In Loving Memory of Leonard Nimoy (Spock asal untuk siri Star Trek)” dan “For Anton”. Perlu tak anda tonton filem ini? Bagi saya ya untuk anda yang tidak sukakan filem heavy dan filem ini sebenarnya straight forward sahaja dan tidak memerlukan anda berfikir secara kritis. Bagi penggemar siri Star Trek, filem ini pasti tidak mengecewakan anda. Saya beri rating 8.5/10 untuk filem ini. Sebagai penutup, saya pinjam kata-kata Buzz Lightyear; to infinity and beyond!