Disebalik segala kritikan dan pujian sepanjang seminggu dipawagam, akhirnya Rian Johnson boleh menarik nafas lega setelah filem ‘Star Wars: The Last Jedi’ berjaya berada di dalam senarai filem kelima dengan kutipan tertinggi sepanjang seminggu ditayangkan.

Berdasarkan laporan, siri Star Wars pada kali ini berjaya memperoleh kutipan sebanyak $450 juta (~RM1.83 bilion) dimana $220 juta daripadanya merupakan penonton dari Amerika Syarikat manakala selebihnya dari serata dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sw2

Lebih hebat, filem ini masih lagi belum ditayangkan di China sehingga 5 Januari dimana jumlah kutipan di negara tersebut bakal memain peranan besar dari segi jumlah kutipan filem ini.

Melihat kepada sambutan awal ‘The Last Jedi’, tidak mustahil filem ini berjaya mengatasi siri sebelumnya iaitu ‘The Force Awaken’ untuk menjadi filem Star Wars paling berjaya sepanjang sejarah.

1507646445486-Screen-Shot-2017-10-10-at-103754-AM

Buat anda yang sudahpun menonton ‘Star Wars: The Last Jedi’, bahagian manakah yang menjadi x factor buat filem ini sehingga berjaya menduduki tangga kelima kutipan tertinggi pawagam sepanjang seminggu diumumkan.

Sumber