Para peminat yang mengikuti perkembangan The Weeknd pasti mengetahui kerjasama antara penyanyi tersebut dengan Marvel Entertainment. Menurut tweet terbaharu dari syarikat tersebut, The Weeknd Presents: Starboy Vol. 1 Issue #1 akan menemui pembaca pada 13 Jun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penyanyi yang menyanyikan salah sebuah lagu bagi soundtrack Black Panther itu menghasilkan komik yang berkisarkan mengenai karakter yang terdapat dalam albumnya yang menemui peminat 2016 yang lepas, Starboy. Komik yang ditulis sendiri oleh Abel Tesfaye itu dibantu oleh La Mar Taylor dan Cristos Cage. Manakala reka grafik komik itu akan dicipta oleh Eric Nguyen dan Guru e-FX.

https://www.instagram.com/p/BZ9F2M7gDjG/

Menurut kenyataan Marvel, komik ini akan menampilkan watak Jack “The Chef” Smiley seorang kanibal yang mengetuai jenayah di kota Alphatron.