Starbucks kini sudah bersedia untuk menembusi pasaran kopi di Itali. Cafe yang pertamanya akan dibuka di Milan pada tahun 2017, dengan bantuan syarikat Itali, Percassi Group.

Howard Schultz, CEO Starbucks membuat lawatan ke Verona dan Milan pada tahun 1980an dan beliau tertarik dengan budaya minum kopi orang Itali. Dari lawatan itu terciptalah idea untuk membawa minuman espresso ke Amerika.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Idea Howard itu berjaya dan Starbucks kini mempunyai lebih 2,400 cafe di Eropah, negara Timur Tengah dan Afrika.

Untuk menembusi pasaran kopi di Itali adalah satu cabaran untuk Starbucks kerana sudah terdapat banyak kedai kopi tempatan seperti Starbucks. Konsep kedai kopi di Itali juga agak berlainan kerana pelanggan biasanya akan membeli kopi dan terus beredar. Berlainan dengan konsep yang diguna pakai Starbucks yang mahukan pelanggan menikmati kopi mereka di dalam kedai.

Starbucks berani menempuh cabaran itu dan akan memasuki pasaran Itali dengan perasaan ‘humility and respect’ (rendah diri dan hormat). Percassi Group yang akan menjadi orang tengah dalam merialisasikan impian Starbucks dengan menetapkan konsep cafe Starbucks di Itali nanti. Rupa bentuk cafe Starbucks di Itali kemungkinan besar akan berlainan dengan majoriti cafe Starbucks di seluruh dunia.

Selain Itali, China bakal menjadi pasaran terbesar bagi Starbucks menjelang tahun 2019 dengan perancangan membuka 3,400 cafe di seluruh China.

Jadi sesiapa yang akan ke Milan tahun depan, bolehlah berkongsi pengalaman minum kopi Starbucks di Milan. Mai secawan!

Sumber