Rangkaian kopi terkenal dunia, Starbucks bakal menggunakan gelas dengan penutup rekaan baharu yang membenarkan pelanggan menikmati minuman tanpa menggunakan sebarang penyedut minuman plastik.

starbucks-sippy-cups

Pengumuman tersebut disampaikan oleh pihak Starbucks melalui hebahan di Starbucks News yang menyatakan bahawa perubahan tersebut akan dilakukan secara berperingkat di kesemua outlet Starbucks seluruh dunia bermula dengan outlet di Amerika Syarikat menjelang hujung tahun ini dan diikuti dengan outlet di Eropah menjelang tahun hadapan.

sippycup775

Penutup gelas ini juga diperbuat daripada material biodegradable yang boleh lerai bagi menjaga alam sekitar. Anda sokong langkah Starbucks ini?