Sekiranya kini Amerika Syarikat merupakan hub terbesar Starbucks nampaknya semuanya bakal berubah menjelang 2022 selepas syarikat kopi ini bersetuju untuk membuka sebanyak 6,000 cawangan Starbucks di China.

Difahamkan rundingan untuk membuka sejumlah besar cawangan Starbucks ini dilangsungkan setelah Starbucks berjaya memeterai perjanjian bersama Nestle yang bernilai $7.2 bilion (~RM28.76 bilion). Dalam erti kata lain, cawangan baru Starbucks bakal dibuka setiap 15 jam secara purata di negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

103666407-GettyImages-505181072.1910×1000

Buat anda yang bakal ke China kelak, pastinya anda tidak lagi mempunyai masalah untuk mendapatkan secawan kopi daripada Starbucks. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana pertumbuhan syarikat kopi ini di China bakal mendorong para pengguna untuk menjadi penggemar kopi.