Starbucks telah mengkhaskan salah satu cawangannya di Bangsar untuk menggaji pekerja dengan masalah pendengaran(pekak). Cawangan di Bangsar ini adalah cawangan Starbucks pertama di dunia yang memulakan inisiatif murni ini.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Cawangan Starbucks Bangsar Village 2 kini menggaji 10 orang pekerja dengan masalah pendengaran dan 3 pekerja dengan pendengaran sempurna. Jika anda tidak mengetahui sign language untuk memesan minuman anda, anda hanya perlu tunjuk pada kad menu yang disediakan. Apabila minuman anda telah siap, nombor anda akan berkelip; seperti sistem nombor biasa kita jumpa di bank.

??????????

A photo posted by aleeeeehut yap (@aleeeeehut) on

Starbucks bekerja secara dekat dengan Society Of Interpreters For The Deaf (SID) di Malaysia untuk melatih dan mengambil baristas baru untuk bekerja di cawangan Bangsar ini.

Muhammad Aizad Bin Ariffin, shift manager untuk cawangan Bangsar ini telah bekerja untuk Starbucks selama 3 tahun. Walaupun beliau pekak, itu tidak mematahkan semangat Aizad untuk cuba masuk program Coffee Master di Starbucks – program untuk menjadi seorang coffee expert di masa akan datang.

Muhammad Aizad Bin Ariffin sudah bersama Starbucks selama 3 tahun

Muhammad Aizad Bin Ariffin sudah bersama Starbucks selama 3 tahun

Tahniah atas usaha murni ini Starbucks! Saya tahu ada kedai yang turut menggaji orang kurang upaya dalam perniagaan mereka. Tetapi untuk sebuah cawangan dengan majoriti pekerjanya mempunyai masalah pendengaran, ini sesuatu yang patut kita contohi. Jika anda ke Bangsar Village 2, don’t forget to drop by and support!

star crew

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group