Seorang wanita dari Chicago menyaman syarikat kopi terkenal dunia, Starbucks sebanyak USD 5 juta kerana isu kandungan ais yang berlebihan dalam minuman sejuk yang beliau beli dari cafe Starbucks.

Wanita berkenaan, Stacy Pincus berpendapat baristas Starbucks meletakkan ais lebih dalam minuman sejuk dan membuatkan pelanggan membayar lebih untuk minuman mereka. Saman wanita itu meletakkan Starbucks dalam kesalahan false advertising dan menipu pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pincus berkata sejak 2006, beliau dan berjuta lagi pelanggan Starbucks yang lain hanya mendapat separuh sahaja kuantiti air dari saiz venti yang dipesan dan separuh lagi hanyalah ais. Pincus menambah ais bukan air dan beliau membeli Starbucks bukan untuk makan ais.

Pincus turut mempertikaikan harga air di Starbucks di mana minuman sejuk lebih mahal daripada minuman panas. Pihak Starbucks pula menolak saman itu. “Pelanggan kami sudah mengetahui bahawa ais adalah kandungan penting untuk minuman sejuk di cafe kami,” kata wakil dari syarikat itu.

Starbucks kini adalah antara rantaian cafe terbesar dunia dengan 23 ribu cawangan di seluruh dunia. Mereka mencatatkan jualan USD19.2 billion tahun lepas, 16.5 peratus peningkatan dari tahun sebelumnya. 73 peratus daripada hasil jualan mereka adalah dari jualan minuman.

Untung besar kalau wanita ini menang kes ini. Kalau beliau menang, anda ada peluang untuk saman kedai mamak yang letak ais lebih dalam teh ais anda. Sedut tak sampai 15 kali, air dah habis. Iced latte Starbucks anda bagaimana pula? Lebih ais dari air macam yang dikata Pincus tak?

Sumber