Peminat tegar rangkaian kafe Starbucks pasti mempunyai impian untuk mengunjungi cawangan kafe tersebut di setiap negara yang dikunjungi. Buat pertama kalinya Starbucks melebarkan sayapnya di Itali, lebih tepatnya lagi di Milan.

Selepas lebih 30 tahun, barulah Starbucks dapat bertapak di bumi Itali. Kunjungan Howard Schultz ke Itali adalah penyebab utama beliau mahu membuka kafe Starbucks dan seterusnya, menjadi kedai kopi paling terkemuka di seluruh dunia.

Kafe berkeluasan 25,500 kaki persegi ini turut akan menjual roti berkualiti tinggi daripada pembuat roti tempatan.

Cawangan pertama di Milan ini diperkenalkan dengan konsep Reserve Roastery seperti yang terdapat di Shanghai dan Seattle. Konsep cawangan tersebut tidak sama seperti di cawangan yang sering kita kunjungi. Reserve Roastery ini menawarkan barisan kopi premium yang dibru sesuai dengan hiasan dalaman stor tersebut yang tampil lebih mewah dan elegan.

milano

Difahamkan juga selain daripada sajian kopi yang diperbuat daripada biji kopi eksklusif dan jarang ditemui, pembukaan Reserve Roastery di Milan ini juga memperkenalkan minuman terbaharu yang dikenali sebagai Cordusio, campuran espresso dan mocha dengan taburan koko.

Menariknya lagi, cawangan ini akan memperkenalkan affogato atau ais krim yang dibuat khas berdasarkan tempahan pembeli.

Sumber