Setiap kali Starbucks tampil dengan koleksi kolaborasi seperti dengan Herschel Supply, Undefeated dan banyak lagi, ramai yang tidak terlepas untuk mendapatkan koleksi edisi terhad tersebut.

Terbaharu, Starbucks Jepun telah berkolaborasi bersama fragment tampil dengan koleksi edisi khas. Difahamkan, pelbagai seleksi rekaan pada botol, gelas dan t-shirt dikenakan rekaan yang ‘simple’ dan ‘fresh’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

2

Dapat dilihat, warna dipilih untuk koleksi ini adalah hitam dan putih yang pastinya pilihan warna yang nampak eksklusif. Pada koleksi tersebut juga diletakkan perkataan MYST iaitu merujuk kepada Miyashita Park, FRGMT dan juga logo Starbucks.

Koleksi ini dihasilkan kerana pembukaan cawangan Starbucks di Rayard Miyashita Park, Tokyo. Malangnya, koleksi ini bukanlah untuk dijual. Jika koleksi ini dijual, anda rasa berapakah harganya?

Sementara itu, kami kongsikan kepada anda beberapa artikel tentang koleksi kolaborasi Starbucks bersama jenama terkemuka. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Koleksi Edisi Terhad Starbucks x Herschel Supply Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Starbucks Lancar Koleksi Khas Bersama Undefeated

Starbucks Keluarkan Beg Edisi Khas Yang Diilhamkan Daripada Beg Kertas