Starbucks terkenal dengan aroma kopi yang lazat dan reka bentuk kedai yang ikonik. Mereka juga tidak pernah berhenti memberi keistimewaan kepada para peminat mereka.

Terbaharu, Starbucks Singapura telah melancarkan koleksi Siren Iconic – koleksi beg yang diilhamkan oleh reka bentuk paper bag mereka sendiri.

Ya, beg kertas yang anda terima apabila anda memesan dua atau lebih minuman untuk di bawa pulang.

82066198_10162567306790136_5006921308575891456_o

Paling mencuri tumpuan adalah kantung duit yang dijual pada harga RM40 setiap satu – dompet ini memaparkan logo ikonik Starbucks di bahagian depan.

Bagi para peminat tote beg pula, ia dijual pada harga RM96 dan merupakan antara produk tumpuan kerana reka bentuknya yang unik.

Bagi beg sampul kecil dan sling beg sederhana, masing-masing dijual pada harga RM85.

82146171_10162567306755136_2119856816329326592_o

Koleksi ini akan mula dijual pada 13 Januari dan hanya untuk ahli Starbucks Rewards yang berdaftar sahaja.

Tetapi jangan risau, jika anda bukan lagi ahli Starbucks Rewards, anda boleh mendaftar di mana-mana kafe Starbucks.

Starbucks sudah bertapak lama di dalam industri kopi dunia. Mereka juga pernah naik dan pernah jatuh. Klik pautan di bawah untuk membaca lanjut cerita unik bagaimana Starbucks bertapak.

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia

Bekas CEO Sahkan RM70,000 Daripada Dana 1MDB Dibelanjakan Untuk Kopi Starbucks

Starbucks Perkenalkan Semula Minuman Istimewa Kegemaran Ramai

Sumber