Siapa di sini penggemar minuman Starbucks?  Kami ingin beritahu satu berita yang pasti buat anda tersenyum gembira dan mungkin terus serbu cawangan Starbucks terdekat anda.

Starbucks kini telah tawarkan promosi beli 1 percuma 1 bermula pada 10 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020 ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Promosi ini tersedia di kesemua cawangan Starbucks Malaysia kecuali di KLIA, KLIA2, Sunway Lagoon dan Genting Highland.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Tidak perlu gosok mata anda, memang betul apa yang anda baca. Anda hanya perlu memilih dan membeli mana-mana minuman dalam menu kecuali minuman reserve dan cocoa machiato dapatkan satu minuman kegemaran anda yang berharga sama atau lebih murah secara percuma. Mudah, bukan?

Adalah diingatkan bahawa promosi ini tidak sah untuk menebus mana-mana baucar atau promosi yang lain. Sebelum terlupa, promosi ini juga tidak sah menggunakan penghantaran. Tunggu apa lagi? Jangan lupa temujanji kita esok di Starbucks terdekat.

Sementara itu, Starbucks juga hadir dengan promosi 50% untuk minuman kedua pada hari bekerja. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Starbucks Malaysia Tawar Diskaun 50% Untuk Minuman Kedua Mulai Hari Ini

Pelik Dan Rasa Keliru, Ini Ulasan Jujur Kami Bila Cuba ‘Spicy Mi Boba’

Selepas Mi Segera, Daebak Perkenalkan Cola Ghost Pepper Pasti Buat Anda Berapi

Anda Mungkin Suka