Tambah lagi satu sebab untuk melawat negara Jepun. Minggu lalu, kedai kopi terkenal Starbucks membuka cawangan terbaru mereka di Jepun. Unik dan menariknya cawangan terbaru ini adalah ianya dibuka di sebuah kedai teh lama di Higashiyama, Kyoto dan mengekalkan ciri-ciri traditional dan bentuk asal kedai teh berkenaan.

Tanpa logonya, orang luar pasti tidak perasan pun yang kedai ini rupanya kedai kopi Starbucks. Dekorasinya dari lantai, tempat duduk, rekaan halaman di luar semuanya seperti kedai traditional lain di kawasan berkenaan. Berbeza dengan 26 cawangan Starbucks yang lain di kawasan ini, logo Starbucks cuma boleh dijumpai di bahagian pintu masuk yang dicetak pada tirai pintu kedai ini.

Kedai dua tingkat berusia lebih 100 tahun ini sedikit sebanyak mampu memberi elemen ‘ketenangan’ kepada semua pelanggan kerana terdapatnya Japanese Zen Gardens di bahagian depan,tepi dan belakang. Memang rasa macam tenang sungguh bila dapat minum kopi sambil lihat taman Zen Jepun ini.

Star 2

Beberapa bulan sebelum pembukaan Starbucks ini, ianya mendapat tentangan dari penduduk tempatan kerana mereka risau yang cawangan Starbucks ini tidak sesuai dengan kawasan itu. Mungkin mereka ingat rekaan Starbucks yang moden akan menggangu keharmonian kawasan tersebut. Tetapi selepas melihat final touch tempat ini, mungkin mereka sudah dapat terima Starbucks ini.

Setibanya anda di sini, anda boleh pilih untuk duduk di atas tatami (perlu buka kasut jika duduk di kawasan ini) atau duduk di atas kerusi seperti biasa. Andai anda ke Kyoto dan mahu minum Venti Java Chip di kawasan penuh ketenangan, bolehlah singgah ke cawangan Starbucks ini.

Starbucks Coffee Higashiyama
349 Masuyacho, Higashiyama Ward
Kyoto, Kyoto Prefecture 605-0826
Japan

Star 3

Star 4

Star 5

Star 6

Star 7

Sumber