Jika anda berpendapat Starbucks sekadar syarikat yang francais menjual kopi, anda mungkin silap. Terbaru, Starbucks semakin menambah business plan mereka kepada syarikat media dengan melancarkan drama-series pertama mereka iaitu ‘Upstanders’.

Drama yang melibatkan 10 episod ini bakal memaparkan bagaimana 10 orang warganegara Amerika dari latar belakang yang berbeza mengubah hidup mereka. Penglibatan 10 orang melibatkan polis, pekerja autisma dan penduduk Muslim America antara yang ditonjolkan melalui drama series ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Starbucks Upstanders cups sleeve photographed on Tuesday, September 6, 2016. (Joshua Trujillo, Starbucks)

Apa yang lebih cool, Howard Schultz selaku CEO Starbucks merupakan producer dan penulis skrip drama ini. Bukan sekadar story telling atau content marketing biasa seperti yang biasa kita lihat, drama series ini boleh mula ditonton menggunakan aplikasi Stabucks serta laman web Starbucks sendiri.

Penglibatan Starbucks bersama syarikat digital media bukanlah perkara baru. Pada tahun lepas, Starbucks telah bekerjasama bersama Spotify membolehkan pengguna untuk mendapatkan lagu yang didengari semasa di Starbucks terus kepada smartphone.

upstanders_appscreen

Buat anda yang berminat untuk menonton series Upstanders, anda boleh lawati ke laman Starbucks untuk menonton 10 episod penuh. Kami telah menonton, dan ternyata series ini berjaya memberi nilai yang positif buat masyarakat.

Sumber