Kebanyakan pelanggan yang datang ke premis Starbucks bukan sahaja untuk menikmati secawan kopi kegemaran mereka bersama rakan tetapi juga menggunakan kemudahan Wi-Fi. Tidak sedikit juga pelanggan yang menyalahgunakan kemudahan tersebut dengan menonton bahan pornografi.

Akhirnya setelah bertahun-tahun membenarkan pengguna mengakses pelabagai jenis kandungan yang kurang sesuai, bermula tahun hadapan Starbucks akan menggunakan satu sistem penapisan kandungan laman web yang boleh dilawati menggunakan sambungan internet di premis berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

videoblocks-motion-of-people-reading-message-on-his-phone-and-drinking-starbucks-hot-beverage-coffee-with-blur-motion-people-at-food-court-area_racgggjxw_thumbnail-full01

Keputusan untuk menggunakan sistem tersebut dibuat setelah Starbucks menerima desakan dan petisyen yang ditandatangani oleh lebih 26,000 pengguna lain yang diawasi oleh pihak keselamatan pengguna internet, Enough is Enough. Menurut pengumuman yang dilakukan oleh pihak Starbucks, sistem tersebut akan mula dilaksanakan di Amerika Syarikat terlebih dahulu tahun hadapan.