Ini merupakan satu berita baik buat penggemar dua jenama ini iaitu Starbucks dan Neelofar. Baru-baru ini, Starbucks Malaysia tampil berkolaborasi dengan Neelofa perkenalkan koleksi selendang.

Menariknya, koleksi ini tampil dengan 3 variasi warna iaitu coklat, beige, dan hijau. Malah, warna-warna tersebut diinspirasikan daripada minuman ikonik Starbucks dimana menggunakan warna minuman coklat, karamel dan teh hijau.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Malah, koleksi ini didatangkan sekali dalam replika tumbler Starbucks dan setiap pembelian koleksi ini, RM1 akan disumbangkan kepada badan amal pilihan Neelofa. Koleksi ini telah mula terjual semenjak semalam.

Jika anda berminat untuk membeli koleksi ini, harga untuk koleksi ini adalah RM78 sahaja dan tersedia di semua cawangan Starbucks sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

a5e8db0d-83c3-4119-8499-e05db72aa61d

624bf330-a52f-49da-a32c-9fbd9dc1e954

Anda Mungkin Suka