Sudah 4 hari umat Islam menjalani ibadah berpuasa di bulan penuh keberkatan Ramadan ini. Tahun ini, bulan Ramadan mungkin tidak semeriah sebelum ini tetapi masih disambut dan dijalani dengan penuh kesabaran.

Menjelang bulan Ramadan, pastinya ramai yang ingin menikmati minuman ‘fresh’ dan sejuk ketika berbuka, bukan? Menariknya, Starbucks tampil perkenalkan 3 minuman baharu sempena bulan Ramadan yang pasti buat anda terliur untuk mencubanya iaitu Tropical Triple Citrus, Oolong Jelly Matcha Royale dan Caramel Sweet Corn Frappucino.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang inginkan rasa kesegaran buah-buahan, anda boleh cuba Tropical Triple Citrus yang pastinya alternatif untuk dapatkan khasiat buah dalam minuman. Bagi peminat Matcha, anda perlu cuba Oolong Jelly Matcha Royale yang akan berikan anda rasa asli Matcha dan ‘smooth’ untuk dinikmati.

Peminat jagung pasti akan menyukai Caramel Sweet Corn Frappucino kerana rasanya seperti air jagung dan ABC jagung. Memang terbaiklah! Harga bagi ketiga-tiga minuman ini bermula dari RM18 sahaja.

Bukan itu sahaja, Starbucks juga hadir dengan biskut kurma yang sesuai dimakan ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Malah, anda juga boleh hadiahkan buat keluarga ataupun rakan-rakan anda yang jauh dimata tetapi dekat di hati.

Selain itu, Starbucks juga tampil dengan beberapa merchandise berwarna-warni dan kelihatan cantik sekali dan ianya berharga bermula dari RM89.90 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Jangan risau kerana anda kini boleh beli secara dalam talian menggunakan aplikasi foodpanda ataupun grabfood ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk dapatkan minuman terbaharu ini.

Bolehlah anda dapatkan minuman edisi Ramadan dari Starbucks ketika berbuka nanti. Secara personal, kami menyukai Caramel Sweet Corn Frappucino kerana membuat kami seperti beli air jagung di bazar Ramadan.

Sementara itu, buat anda yang tidak tahu ingin masak apa ketika berbuka, apa kata ikuti resipi menarik yang anda boleh cuba di rumah dengan klik pautan di bawah ini.

Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’

Lebih 12K ‘Shares’, Ini Resipi Roti Mexican Ala Roti Boy Yang Gebu Dan Lazat

Resipi Ayam Gunting Yang Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba Penggemar Uncle Bob Ini Raih 4.6K ‘Shares’