Starbucks Malaysia telah melancarkan menu baharu sempena menyambut ulang tahun ke-2 Starbucks Signing Store di Bangsar Village II. Sempena ulang tahun ini juga mereka telah melancarkan Starbucks Jumbo Chocolate Chip Cookies yang akan mula dijual diseluruh Malaysia bermula 8 Ogos 2018 yang lalu.

Untuk setiap pembelian biskut ini, RM1 akan didermakan pada NGO ‘Silent Teddies Bakery’ yang akan disalurkan ke Pusat Perkhidmatan Komuniti untuk orang pekak (CSCD) dan sekolah mereka untuk kanak-kanak Orang Pekak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Turut kelihatan semasa di pelancaran itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh dan beliau juga memberi ucapan. “Dengan bantuan syarikat seperti korporat seperti Starbucks, saya percaya terdapat potensi untuk lebih banyak tempat kerja di Malaysia untuk akan menawarkan kerja untuk golongan istimewa ini.”

Kepada yang ingin merasa biskut cookies ini, anda boleh membelinya dengan harga RM6.90. selain itu anda juga boleh membeli barangan cenderahati edisi khas Starbucks ini di cawangan Starbucks Bangsar Village II.

WKK_5483

Starbucks 2nd Anniversary Journal with Charm (Navy Blue _ LightBlue)

Starbucks Signing Store 16oz Mug Black with Gold Rim

Starbucks Signing Store Tote Bag (With Charm)

Starbucks Jumbo Chocolate Chip Cookies