Aroma kopi fresh yang di-brew pastinya membuatkan anda berasa segar dan keenakannya rasanya pasti memukau. Tidak dapat dinafikan bahawa kopi Starbucks merupakan antara pilihan ramai orang.

Pasti setiap orang yang selalu menikmati kopi di Starbucks tahu akan perbezaan kopi Starbucks dengan kopi di luar sana. Baru-baru ini, Starbucks Malaysia telah perkenalkan pewangi kereta dan bagi pengumpul barangan keluaran Starbucks, pasti tidak akan melepaskan peluang ini.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

Add a little Green Tea or Chocolate fragrance into your daily commute with the new Starbucks Car Air Freshener! 💖…

Posted by Starbucks Malaysia on Friday, 16 August 2019

Menariknya, pewangi kenderaan Starbucks ini hadir dengan dua jenis aroma iaitu teh hijau dan coklat. Setiap kali anda masuk kereta anda dan bau wangian ini, pasti akan terus teringat Starbucks.

Jika anda berminat untuk mendapatkan pewangi kenderaan ini, harganya adalah RM25 sahaja dan hanya tersedia di cawangan Starbucks pandu lalu sahaja. Akan tetapi, jika anda membeli minuman promosi Starbucks bersaiz venti, anda boleh dapatkan pewangi kenderaan ini dengan harga RM15 sahaja.

Anda Mungkin Suka